Resepi Choc Fudge Brownies


Resepi Choc Fudge Brownies

1 1/4 cawan butter (saya guna minyak jer)
4 biji telur (sy guna gred A)
2 cawan gula (sy guna gula castor dan sy kurangkan sukatannya)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Panaskan oven pada suhu 170 darjah.

Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.


Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)

Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Nota: sy ubah sedikit cara membuat brownies ni sebab sy hanya gunakan minyak menggantikan butter. Cara saya: satukan gula, telur dan vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan vanilla, sedikit garam (resipi asal tk guna garam sebab guna butter), dan minyak. Kacau lagi biar sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko. Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang.

Choc Ganache:
(Boleh tambah atau kurangkan kuantiti krim mengikut kepekatan yang dikehendaki)

125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream
Sedikit minyak atau butter jika suka

Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...